Laman Utama

Good day and Welcome.

UPDATE 22 Sep 2018: We’ve done a major update on our server. The server now compatible with any latest teamspeak client server.

Our Teamspeak Server located at Data Centre at Singapore and using  Linux Ubuntu Server operating system and online 24 hours with internet speed 1.5 GBps download and about 500 kbps upload.

Dengan kekuatan sambungan internet di server, pengguna server ini dijangka tidak mempunyai masalah sambungan ke server, kecuali sekiranya sambungan internet pengguna sendiri yang mungkin mengalami gangguan seperti congestion atau signal ke ISP yang kurang memuaskan. Masalah delay yang sering berlaku seperti Echo Link atau Zello dan aplikasi lain tidak timbul dengan menggunakan perisian ini kerana lokasi server yang sangat berhampiran.

Server ini juga menempatkan streaming server untuk tujuan pendidikan Radio Amatur seperti code morse, panduan untuk RAE dan mode digital lain yang berkaitan. Penambahan content dalam digital mode akan ditambah lagi dimasa akan datang. Untuk menjawab pelbagai soalan, telah disediakan ruangan Soalan Lazim atau Frequently Asked Question (FAQ) dan silalah luangkan waktu anda untuk membacanya. Soalan dan jawapan akan ditambah dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat dan penerangan.

Usaha yang berterusan untuk menambahkan pengisian dilaksanakan berdasarkan kelapangan waktu untuk memberikan kefahaman bagaimana sistem ini berfungsi dan apakah faedah yang boleh diperolehi. Panduan cara membuat tetapan juga akan ditambah dengan penerangan yang jelas melalui video di youtube.

Untuk mode Digital yang sering dipergunakan dalam Radio Amatur, streaming server untuk SSTV, RTTY dan mode lainnya telah dan sedang ditambah dari masa ke semasa. Server APRS juga telah berjaya di adakan. Status server APRS tersebut boleh dilihat di sini dan silalah mempergunakannya. Setting aprs server di alat anda ialah aprs.eqsodigital.net

Untuk mereka yang menggunakan echolink, kami telah menyediakan proxy server berstatus Public untuk echolink seperti imej di bawah sebagai sumbangan kecil kepada komuniti. Anda perlu membuat semakan terlebih dahulu status proxy server tersebut dalam keadaan Ready atau Busy terlebih dahulu melalui pautan ini kerana hanya satu user sahaja yang boleh menggunakannya dalam satu-satu masa. Untuk senarai proxy server yang panjang, boleh semak di sini.  Anda boleh menggunakan domain name eqsodigital.net atau IP 128.199.186.39 dengan menggunakan port 8100 diperisian Echolink anda.

Kelab Radio Amatur yang mempunyai repeater dan berhasrat menyambungkan repeater mereka ke server ini melalui gateway adalah sangat dialu-alukan untuk membolehkan ahli kelab tersebut dapat menghubungi rakan mereka semasa berada diluar capaian repeater. Ini sangat memberikan manfaat terutamanya apabila berada diluar negara semasa bertugas atau melancong atau lainnya.

Gambaran Linking antara dua repeater. Menggunakan ROIP. Image diambil dari website Echolink

Server ini juga mampu untuk membuat linking kepada dua repeater stand alone atau lebih melalui gateway. Untuk maklumat, beberapa gateway ke repeater telah diadakan iaitu 9M4RML dan 9M4RLD. Gateway ke Radio HF 40 meter Band juga telah ada. Gateway ke repeater yang lain akan bertambah dari masa ke semasa, bergantung kepada usaha oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang berkenaan. Silalah pelajari panduan setting dan cara menggunakannya di menu Panduan TeamSpeak.

Sekiranya anda ialah seorang pengguna amatur dan mahu menggunakan channel radio amatur di server ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan sistem pendaftaran yang sangat mudah. Sila pergi ke menu Daftar / Register. Proses pendaftaran diperlukan supaya kami mempunyai rekod atau database pengguna server ini dan mengelakkan sebarang perbuatan yang tidak beretika oleh mereka yang tidak bertanggung jawab masuk dan memancar ke dalam Channel yang dikhususkan untuk Radio Amatur.

Sekiranya anda ialah orang awam yang sangat berminat dengan Radio Amatur, anda juga digalakkan bergabung disini. Buat masa ini anda tidak perlu mendaftar, memadai meletakkan SWL (Short Wave Listener) di awal nama anda. Contohnya SWL-AHMAD-PERAK. Anda juga boleh mendapatkan callsign Citizen Band dan Channel untuk Citizen Band juga disediakan didalam server ini.

Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa melawati laman web ini.

Admin

Print Friendly, PDF & Email

Specially for those interested in Radio Over Internet Protocol and exploring more technology in digital mode for Amateur Radio